Scroll Box untuk Widget

Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangi ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih ringkas.


cara buat scroll box


Scroll box ini juga sesuai dengan apa saja widget yang anda mau. Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah.

Secara ringkasnya, apa saja widget yang guna kod HTML boleh mengunakan cara ini untuk menjadikannya scroll.:)

Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kode widget seperti berikut.

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kode widget anda disini

</div>

Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki


3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

0 comments:

Post a Comment

Search

Popular Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive